SELAMAT DATANG KE ALAM PENTERNAKAN ARNABOPAH

SEKADAR BERKONGSI MINAT DAN MEREHATKAN MINDA DENGAN DUNIA ARNAB YANG INDAH INI.

28 Mac 2010

CINONEK - Misteri kehilangan nyer...

Cinonek ni gelaran yang saya berikan kepada anak2 arnab yang baru lahir. Mase tu susah nak kenal jantinanya. Bulan ni sahaja, dekat 20 ekor cinonek saya hilang. Pihak forensik sedang cuba menyiasat kehilangan cinonek berkenaan. Rekod sebelum ini menunjukkan , ibu-ibu arnab saya tidak memakan anak2 nyer. Jadi saya suspek Sang Tikus atau Sang Biawak adalah suspek utama dalam kes ini. Sekarang ni, operasi menangkap penjenayah yang terbabit sedang giat dijalankan. Tunggulah hasilnye... (Gambar di atas tu gambar hiasan sahaja untuk CINONEK)
Klu sekor jual RM50. Cinonek 20 ekor bleh dapat RM1000 ni. Klu Cinonek tu dibesarkan sampai umur 2 bulan, bleh jual RM100 - RM150 sekor & bleh dapat dlm RM3000. Boleh jadi JUTAWAN RUPIAH jugak ni... Mungkin takde rezeki agaknye.
Ape2 pun JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI... Selubung Isteri bleh la..

Tiada ulasan: