Mr. Brown ni saya beli dari ladang Beh & Yoh di Rinching. Masa tu umurnya baru 2 bulan. Inilah baka EarLop pertama yang saya miliki. Semua arnab saya kahwinkan dengan Mr. Brown dgn harapan dapat melahirkan generasi arnab yang cantik dan bermutu dan hasilnya tidak mengecewakan. Akhirnya Mr. Brown dapat kecederaan di bahagian testis yang tersangkut di dawai lantai dan akhirnya mati dengan penuh jasa yang tak ternilai. Selamat tinggal Mr. Brown dlm kenangan.
Arnab Opah adalah sebahagian daripada penternak arnab kecil-kecilan di Malaysia. Ia lebih kepada hobi sahaja bukan tujuan komersil. Sekiranya ada permintaan, Arnab Opah sedia untuk menjualnya pada harga yang berpatutan. Bagi mengelakkan kegiatan orang tengah, Arnab Opah hanya menjual 2 ekor/sepasang kepada yang berminat. Kebanyakan produk Arnab Opah adalah dari spesis EARLOP yang mempunyai keunikan dan nilai yang tinggi.
SELAMAT DATANG KE ALAM PENTERNAKAN ARNABOPAH
SEKADAR BERKONGSI MINAT DAN MEREHATKAN MINDA DENGAN DUNIA ARNAB YANG INDAH INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan