
Dengan bantuan seorang KULAAN, ArnabOpah kini memiliki sepasang arnab daripada jenis REX berusia 2 bulan. Hanya orang yang pernah menyentuhnya sahaja yang tahu keistimewaan arnab REX ini. Walaupun mukanya tidak hensem, tapi kelembutan bulu ala-ala baldu menjadikan ianya mempunyai keunikan tersendiri.

Memandangkan arnab REX ini diterima sempena Maal Hijrah, ArnabOpah menamakan ianya MUHARRAM dan SAFAR.

Arnab REX juga digelar Arnab Kanggaro kerana ia suka berdiri macam ni

Inilah Hotel Penginapan Muharram dan Safar di Putrajaya sebelum dihantar ke Ladang Penternakan ArnabOpah di Sg. Besar bagi tujuan Pembiakan...Dijangkakan pada bulan Mei, baka Arnab REX boleh diperolehi dari ArnabOpah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan